Info Terupdate- Ada dua pendapat tentang menikahi wanita hamil diluar nikah, ada pendapat yang membolehkan, ada yang mengharamkannya. Adapun yang membolehkan tetap dengan aturan-aturan yang wajib dipahami.
Ini pendapat yang mengharamkan nikah saat wanita sedang hamil :
Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila mengetahui anak “hamil diluar nikah”, cepat-cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina selama mereka masih bersama… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya beritahukan kepada anda di sini karena masalah sangatlah penting:
Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika :
#Pertanyaan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum menikah didapati hamil diluar nikah?
Jawaban : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
#Pertanyaan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawaban : Tidak. Mereka tidak boleh mernikah sebelum bayi itu dilahirkan.
#Pertanyaan 3 : Adakah pernikahannya itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawaban: Tidak. Pernikahannya itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh menikahi seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah dari bayi yang dikandung itu.
#Pertanyaan 4: Sekiranya mereka mernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawaban : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.
#Pertanyaan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawaban : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahannya itu tidak sah.
#Pertanyaan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawaban: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa dari pada ayahnya.
#Pertanyaan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawaban: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
#Pertanyaan 8: Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawaban : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
#Pertanyaan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawaban : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibu bapak Sekalian dan saudara-Saudara sekalian serta saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan/membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung dosa dari pernikahan tersebut.
0 Response to "Bila Salah Dalam Melakukan Ini : Pasangan Suami Istri Akan Dianggap Berzina Selama mereka Melakukan Hal Ini."
Post a Comment